ISABELLA
Cantik, manis, menawan namun kisah hidup Isabella tidak seindah wajah yang terpamer ceria
Dugaan hidup yang ditempuhi menjadikan Isabella matang dalam meniti arus kehidupan
Banyak persoalan dan misteri .
Dia suami namun tidak dihati, dia kekasih tapi hanya mimpi
Mampukah Isabella bertahan untuk terus disakiti?
Isabella: "Jangan harap aku akan maafkan kau Andry. Aku rela kau pukul aku dari kau melutut-merayu menagih cinta!"
ANDRY
Kerana cinta membawanya jauh terasing
dendam, hampa, luka dan rindu menjadi satu membenuk diri menjadi kejam dan hina
cinta menjadikanya sempurna
cinta juga telah memusnahkanya
kerana kisah lampau, dia tekad untuk melunaskan dendam
menyakiti insan tersayang namun tak dianggap dek menanggung dendam
Andry: "Aku akan pastikan kau musnah, sepertimana kau dah musnahkan hati aku"
PUTRI SANDRA
Dia Model terkenal juga pelakon hebat
Kerana cinta dia tamak
menghancurkan kehidupan insan lain demi mengejar kebahagian palsu
penipuan umpama mainan dalam hidupnya
hanya dengan lakonan, dia mampu menentukan hala tuju cerita
biarpun bersulam duka dan sengsara
Sandra: "Dia Milik aku, selamanya milik aku... hey betina! kau ingat dia suka jadi suami kau ?"
FAIZ
Cinta pandang pertama membutakanya
tidak pernah dia merasakan keindahan itu
lantas dia tekad meruntuhkan hubungan saudaranya demi mengejar cinta yang belum pasti
dia lupa makna cinta
dia lupa makna penyatuan dua jiwa
terlalu alpa sehingga Isabella menjadi mangsa
Faiz: "seriously.. i love you, kita khawin Isabella... i lagi bagus dari dia."
Adakah mereka akan berhenti dari menyakiti Isabella?
Mampukah misteri terungkai bagi membuktikan Isabella hanyalah mangsa yang suci dari perbuatan keji insan yang dengki






No comments:
Post a Comment