Issabella- Chapter 2


BELL meh sini aku papah kau.” Pelawa Siti ikhlas bila melihat Isabella yang terkial kial nak berjalan. mungkin kakinya terseliuh sebab itu nampak semakin bengkak, padahal pagi  tadi ok lagi.. ‘kes teruk ni’.

“Aku okay laa….ini kan bell..malu beb kalau orang tengok..nanti dikatanya nak tunjuk simpati.” Issabella cuba menolak niat baik siti. Lagipun dia tidak mahu menyusahkan temanya itu. Dia sendiri hairan kenapa kakinya semakin berdenyut, makin bengkak pula tu.

“Beb aku rasa nak ambik M.C. lahh…tak larat aku hari ni…berjalan pun tak mampu..” adu Issabella, mukanya berkerut menahan sakit.

Ketika itu mereka ingin menuju ke bilik guru. ‘comel juga kaki aku nihh’ Isabella berasa lucu melihat keadaan kakinya. ‘makin buntal kaki aku…eee sakitnya’ Langkah kaki diteruskan juga tanpa memandang ke hadapan. Ralit menatap kakinya yang dirasakan comel. Siti pula tekun membaca novel disebelah. kedua dua berjalan tanpa memandang hadapan. memang molek perangai.    


…GEDEBUKK!!...
siti terperanjat. Dilihat Isabella tiada disebelahya. Yang ada ketika itu cuma dia bersama mamat handsome yang tak pernah dilihat. Ahhhhhh…. Handsome siottttt… siti meloncat-loncat kegirangan. Matanya dibesarkan ala-ala kucing garfield…perghhh…

            ‘Ehh wait a minute siti..’ dahi siti berkerut mengingati sesuatu. ‘kenapa muka dia ni macam familiar aje..hmm..’ Kerutan di muka itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi senyuman yang paling mempesonakan, boleh dikatakan senyuman gedik gitu. ‘Yes...aku ingat mamat ni. Mamat ni paling top and the most favourite creature among teenagers… prince Andry yup!!! Of course prince of charmingmodel paling glamour. Tapi buat apa dia kat sini… tak ade paparazi kejar dia ke… maklumlah… prince malaya kan?’

            “Syed Andry Adam kan?” tanya siti gelojoh. “prince!!!!!...” Jerit Siti teruja. Seperti biasalah kalau si dara bertemu putera yang hmmm memang handsome. Maklumlah model dan menjadi igauan remaja-remaja perempuan di Asia ni. 'Kaya, handsome, cerdik perghhh... aku banyak simpan cover magazine yangada gambar prince.' bebel Siti sendiri.'

kalau tak percaya, mari aku tunjuk contoh shoot killer yang prince dah buat:


macho kan?

            Andry mengangguk dan membalas senyuman. Tapi dia lebih tertumpu pada Issabella yang entah kemana siti tak tahu. Tiba-tiba siti rasakan ada bunga sakura berterbangan bebas diantara mereka… suasana menjadi indah dan dihiasi dengan warna pink bunga sakura… bau haruman sakura juga ada dimana-mana walaupun siti tak pernah hidu haruman bunga itu. Mengarut betul. punyalah dahsyat penangan si Andry.

‘Ahhh….mengapa begitu indah dunia ini’ siti masih tersenyum sambil memejamkan mata. Kedua tanganya digenggam dan diletakkan ke pipinya yang gebu. ‘memang dah parah minah ni’

Issabella merasa tidak senang dengan lelaki dihadapannya. ‘Siap duduk ala ala nak melamar aku pulak’ Issabella menepis tangan lelaki itu yang cuba untuk membangunkanya. ‘hishh nak je aku sepak…macamlah aku tak kenal kau jin kepala hitam.’ Lelaki itu setia memegang bahu Issabella walaupun kerap kali ditepis.

“Woii beb…takan lah kau nak biarkan aku kat sini…tolonglah aku..” marah Isabella. Dia geram. ‘jin ni tak mahu nak blah ke? menyibuk je.’

            “Ehhh…masyaallah bell..kau kat sini rupanya..macam mana kau boleh terduduk kat sini?” tanya siti bodoh. Memang dia tak tahu. Simpati juga melihat Issabella yang bagaikan nangka busuk.
Isabella geram. ‘minah ni boleh tanya soalan lawak pulak..’

            “Jin tolak aku…..ishhh cepat lah tolong aku..” Issabella sudah menghulurkan tanganya untuk siti tarik. Lagaknya seperti bayi yang minta didokong. Kelihatan lucu.

Andry hanya diam. Marah lagi dia rupanya. ‘Hmm boleh tahan juga... Nampaknya aku ada nama baru.’ Dia hanya senyum memerhatikan gelagat Issabella yang tak sudi menerima bantuanya. Muka dah cantik kadang kadang Nampak seksi... Dia hanya memerhati cubaan siti yang ingin membangunkan Issabella. Tanpa dia sedari, Isabella sudah melekat kehati dan pikirannya.

“Arghhh!!!....sakit lah beb….kaki aku makin sakit.” Isabella menjerit. Air mata dah mula keluar. Isbella terjatuh lagi. Memang dah jadi nangka busuk hari ini. Dia menangis semahunya, mungkin sakit atau takut. Disembamkan mukanya ke kaki. Siti mula risau. Gelabah dia melihat Issabella menangis. Andry juga terkejut melihat reaksi Issabella yang sangat tak terduga. Tiba-tiba….
            
Issabella terkejut beruk bila dirasakan yang dia dicempung seseorang. ‘Takan siti???… cikgu ke???’ Issabella bermonolog sendiri. Dia cuba melihat siapa yang gagah mengendongnya.

            “Woii mangkuk!.” Issabella menjerit kuat, terkejut tahap baboon. Rupanya dia berada dalam kendongan Andry, 'Fuhh jin ni main redah je nak angkat aku, kot ye pun kasi lah salam ke, minta izin ke'

            “Boleh senyap tak…nanti saya hempas awak kat sini…awak nak rasa?..” ugut Andry bila Issabella terus terusan meronta.
           
Issabella terkedu, dia tak sanggup untuk jatuh lagi. Dia senyap tapi tak boleh juga. Dipejamkan mata, benci melihat muka itu.

            “Turunkan aku!” arah Issabella kasar.
            “No” cepat sahaja Andry menjawab.

Siti ternganga luas melihat adegan spontan itu. Tak berkata apa-apa. ‘untungnya bell kene dokong dengan Prince’ siti berangan lagi.

            “Saya akan bawa Issabella ke Klinik, yang lain you setlekan” kata kata itu dtujukan pada siti. Andry sendiri tidak mengetahui nama Issabella sehingalah dia melihat name tack gadis itu. Isabella hanya senyap memandang siti. Dia meminta simpati agar siti menolongnya lepas dari kendongan Andry. ‘tolonglah beb’ hanya memek mulut yang kelihatan. Suara tak terkeluar.

         
*********************************************************************************************

“EEE…..lepaslah” rengek Isabella. Dia malu bila pak guard memandang sinis pada mereka. Terer juga mamat ni berdebat. Siap beri rasuah lagi. 

Andry makin memperkemas kendonganya. Diendahkan sahaja rontaan Issabella. ‘dah sakit sakit masih degil’ Andry geleng kepala.

            “Do you prefer me to kiss you and hug you dear?” cabar Andry. Dia juga tidak larat mengendong Issabella yang tidak reti duduk diam.
         
   ‘Biar betul mamat ni’ Isabella tak berani nak melawan, tak rela kene cium. Takut nanti terkena badi jin kepala hitam. ‘kepala dia ni bukan betul sangat’

            “Good girl” perli Andry bila dirasakan Isabella keras macam patung. Sengaja mahu menyakiti hati gadis itu. Issabella hanya menjeling dengan jelingan yang tajam tapi andry rasakan jelingan itu bakal menjerat hatinya.

            Didudukkan Issabella berhati-hati, siap pasang sit belt dan ditutupkan pintu lagi. ‘Gentleman la sangat’. Perbuatan itu sedikit sebanyak mengundang rasa tidak selesa dihati Issabella. ‘geli gelaman aku’. Berbeza pula pada Andry yang terasa makin cair, umpama butter yang cair meleleh terkena kuali panas.. 'boleh pulak perumpamaan macam ni.'

            “Awak nak bawa saya kemana?” Tanya Issaballa seakan berbisik. Bisa dikaki ditahan seboleh mungkin. Dilihat jin kepala hitam disebelahnya tenang memandu. ‘dia ni nak bawa pergi mana?...klinik dah lepas tadi..’ Isabella resah. ‘Jangan jangan dia nak belasah aku tak?’.

            Andry terkesima seketika dengan pertanyaan yang diutarakan Issabella. Meremang juga bulu romanya. Bunyi macam manja, nakal dan mengoda. ‘ke aku yang angau’ tapi dia paling suka bila Issabella tidak lagi ber ‘kau’ dan ‘aku’. Andry terus terbuai dengan angan-angan indah yang mengarut.

            Issabella hairan melihat reaksi Andry yang tersenyum senyum. ‘seram wehh’, dia kaleh pandangan ke luar tingkap. ‘kepala angin dia ni betul ke tak’

            “Awak berhentikan saya kat depan kedai tu…nanti saya telefon ayah saya suruh datang.” Pinta Issabella dengan memuncungkan mulutnya ketempat yang dimaksudkan. Tak senang dia bersama lelaki itu. Semacam je rasanya.

            Isabella putih mata bila andry terus melintasi tempat yang dimaksudkan tanpa berhenti pun. Mulutnya ternganga luas.'pekak ke apa?' jeritnya dalam hati ‘melampau!’.

            “Berhentikan aku sekarang juga!!!” jerit Issabella kuat. Bergema kereta Andry. Bahasa kau dan aku mula digunakan. ‘tak boleh buat baik jin ni’.

            Andry terkejut dengan jerkahan itu. Serta-merta dia memberhentikan keretanya ditengah jalan. ‘fuuhh bahaya betul’ Andry mengurut dada. Dia tengah berangan tadi. Mujur jalan lengang, kalau tak buat kenduri arwah. ‘minah ni memang melampau’ dijeling Issabella disebelah dengan muka bengis. Dilihat gadis itu sudah membuka pintu untuk keluar. Andry segera menahan.

            “Kenapa you ni degil sangat hah!!!!?” andry sudah marah. Suaranya ditinggikan lebih kuat dari suara Issabella.

            Issabella kecut perut. Percubaannya untuk lari tidak Berjaya. ‘suka hati aku lah nak degil pun’. Isabella membuka sit beltnya dan sedia untuk keluar. Dia mendapat kekuatan waktu itu, kakinya yang sakit tidak terasa.

            Issabella makin terkejut bila Andry memeluk pinggangnya menahan dari terus keluar. Dibetulkan kembali duduk Isabella dan dipakaikan kembali sit beltnya. Issabella hanya membiarkan bila kudratnya untuk melawan tak sehebat dengan kudrat lelaki Andry.

            “Must I silence you with a kiss?” Ugut Andry. Hatinya panas. Issabella geram. Tak takut dengan ugutan Andry, dia mahu melawan lagi.

            “Kau ingat aku takut sangat, cubalah kalau berani.” Kasar suara Issabella. Dia bercekak pinggang menghadap Andry. Matanya terpamer seribu kemarahan.
‘sory sikit…ugutan macam tu ak…..’

            ‘Cuupp!!....’

Andry mengucup pipi Issabella. Memang dia pantang dicabar. ‘rasakan’… dirasakan pipi Issabella sungguh gebu. Diusap pipi itu. Doll ni memang buat aku lain macam.

Issabella geram. Segera dia membuka pintu. Ingin keluar. ‘panas baran aku dengan dia ni’

Issabella meronta kasar bila dirasakan pinggangnya dipeluk kemas. Cuba melepaskan tangan lelaki itu yang kemas memeluk pinggangnya. Namun Andry semakin memperkemaskan pelukan. ‘oiii jin…aku punyalah jaga untuk suami aku…sedap sedap je kau peluk dengan cium aku’ . Issabella geram. Rontaannya semakin ganas.
            
Do you prefer me to touch your lips after this?” gertak Andry lagi dengan suara menggodanya. Didekatkan mukanya ke pipi Issabella yang membelakanginya. ‘jangan ingat aku tak berani nak buat’. Muka nakal Andry jelas terpamer. Tak tahan dengan doll dihadapanya.

Issabella geram. ‘jin ni memamg ambil kesempatan’. Issabella merasakan desah nafas Andry hangat menampar pipinya. Dia sudah rasa lain macam, nak terkencing pun ada. ‘Janganlah dia buat benda yang tak senonoh’. Dia segera berpusing menghadap Andry. ‘ya Allah’

Issabella gelabah bila terasa mulut Andry hampir dengan hidungnya.‘ciss kurang ajar betul’ ditolak Andry jauh. Sekuat mungkin dia tolak. Tapi sedikitpun Andry tak berganjak. Makin didekatkan bibirnya ke mulut Issabella adalah. Issabella katup mata rapat-rapat. Tak sanggup melihat dan menerima ciuman pertamanya tanpa kerelaanya sendiri. Tanpa sedar air mata dah keluar.

            Andry geli hati melihat keletah Issabella. Takut sampai keluar air mata. Dilihat Issabella masih lagi terpejam. ‘cute sungguh doll ni’ wajah itu sangat hampir dengannya. Ingin menyakat lagi tapi ‘kesian pula tengok dia ni macam pasrah je’. Akhirnya dia hanya mengusap pipi Issabella dengan belakang tanganya. Air mata juga disapu dari terus gugur. Akhirnya Andry ketawa galak. lucu mengenangkan sikap Issabella. ‘she’s so funny’
           
“Kalau tak mahu kena cium duduk senyap senyap.” Arah Andry. Dia tersenyum, dia tahu kali ini pasti Issabella tidak akan melawan. Puas hati bila dia dapat menundukkan gadis itu. ‘degil ya amat’


2 minggu kemudian…


“HAI….asalammualaikum…” sapa Andry mesra. Dilihat Issabella langsung tidak memandangnya. Asyik mengunyah karipap dan sekali sekala membelek buku di tangan. ‘dia nampak ayu kalau duduk diam macam ni’ desis Andry.

            “Waalaikummusalam…hey you Prince.” Jawab siti mesra. “duduklah” jemput siti ikhlas. Siti hanya membiarkan jelingan Isabella.

            ‘ya Allah…minah ni baik tak betempatlah pulak…’ Issabella mendengus kecil, dia tidak senang bila kawan-kawanya yang lain mula rapat dengan Andry. ‘sejak bila pulak mamat ni jadi prince…’ Issabella menjeling Andry yang mengenyit mata padanya. Cehhh!!!... Dia geram bila mengingatkan apa yang telah andry lakukan padanya terutamanya ciuman malangnya… ‘arrgghhhh’

            “Boleh ke join ni?” tanya Andry lagi.
            “Of course…why not..” jawab siti ramah. Yang lain hanya menganguk.
`eee…minah ni’ Issabella masih membatukan diri.

            “Join lah….tak ada sesiapa pun yang nak marah” ucap along bersahaja. Along atau nama sebenarnya Syed Haikal Muslim Dato’ Syed Anuar merupakan sepupu Andry. Mereka berdua rapat, pertukaran sekolah Andry juga telah diuruskan oleh Along. Zaihan disebelah hanya melihat aksi Issabella yang menjuihkan bibirnya.  Ada rasa cemburu untuk gadis itu.

Kan bell?” tanya along dengan slumber. Sengaja menyakat gadis itu sedangkan dia tahu Issabella tak suka. Issabella hanya tersenyum. Matanya kembali menatap buku dihadapan. Tak berminat nak melayan ahli baru.
           
“Macam mana dengan kelas youokay ke?” tanya siti riang. Mentang mentang lah dapat duduk sebelah mamat handsome.

            “Just okay.” Jawab Andry ringkas.

            “You Nampak lain lah” tegur siti lagi yang tak lepas menatap seraut wajah Andry yang nyata berbeza dengan cermin mata, tapi masih handsome ‘killer face betol’.

            “You realy look like a prince… very charm… betul la apa yang orang kata.” Puji Siti dengan nada teruja. Andry hanya tersenyum. Mak oiii… lesung pipit dia betul-betul membunuh aku.

“Apa kata I belanja you all… sempena meraikan kedatangan I sebagai ahli baru…” tiba-tiba Andry bersuara. Niatnya memang ikhlas.

 `nak belanja???... tak apa lah’ Issabella lemas. ‘Nak tunjuk baik la konon nya.’

            Issabella segera bangun. Dia bangun secara mengejut setelah Andry memberitahu niatnya untuk belanja makan. Malas nak terhutang budi dengan si ‘jin’ ni. Lagipun aku masih tak dapat terima dia ni.

            Masing masing tercengang dengan riaksi Issabella yang bangun secara mengejut dengan muka masamnya. Issabella sedang memikirkan alasan yang sesuai untuk mengundur diri atau lebih tepat lagi melarikan diri.

            “You all stay kat sini… aku nak pergi library jap nak pulang buku.” Spontan alasan itu keluar. Issabella segera berlalu.

Issabella laju mengatur langkahnya menuju ke library. Dia tahu semua kawanya tercengang dengan sikapnya tadi ‘ahh biarlah…’ diteruskan langkahnya menuju ke library.

            ‘Aikk… kenapa aku rasa lain macam ni?’ jantung Issabella tiba-tiba berdetak hebat. Tak pernah sekali pun dia berasa seperti itu sebelum ini.

            Issabella sedikit melompat bila terasa bahunya disentuh seseorang. Serta merta badanya dipusingkan ke belakang.

            ‘Jin???...tapi kenapa?’ Issabella seakan tak percaya. Dia sedikit tercengang. Andry tersenyum dengan riaksi Issabella. Dia terus meningalkan kawanya sebentar tadi dan terus mengekori Issabella. Dia ingin meminta maaf. Dia tidak kisah walau apa pun caranya. Dia segera memegang pergelangan tangan Issabella bila gadis itu mula untuk lari darinya. Takut betul Issabella pada dirinya.

            Issabella makin terperanjat. ‘berani betul jin ni’, “Kau nak apa… eee… lepaslah.” Marah Issabella. Ditarik tanganya sekuat mungkin. Mukanya berkerut sejuta.

            “No… listen to me bella.” Kini Andry sudah memegang bahu Issabella mengharap agar gadis itu memberi perhatian padanya.

Tiba-tiba Andry rasa macam nak demam. Memang aura betul dia nih. Mata galak itu direnung sedalam mungkin, ‘hmmm menawan, seksi, liar dan menggoda’ puji Andry. Tapi segera Issabella mengalihkan pandanganya. Andry hanya tersenyum. Terpesona. Dilihat kulit muka Isabella merona merah, mungkin malu atau marah. Ingin sahaja dicubit pipi itu, merasa kelembutan kulit Issabella… ‘ya Allah Andry, sedarlah..’ Andry segera mengucap.

            “Dengar sini bella…” lembut suara Andry. Sebenarnya dia sudah semput berhadapan dengan Issabella.  ‘Bella??….’ Isabella makin meluat. 'pandai-pandai je tukar nama aku'

            “Okay… okay…” Issabella merenung Andry. “you nak apa?” sambung Isabella.

            Andry tersenyum. Nampaknya Issabella sudah tidak melawan. Dia ralit menatap mata liar Isabella, kali ini jatuh ke bibirnya yang tebal dan seksi. ‘rasa macam pegang Angelina jolie pulak’ Andry tersenyum sendiri. Dia kembali menyusun ayat.

            “I nak minta maaf pasal perkara semalam. Please forgive me for everything I did.” Andry merenung kedasar anak mata Issabella. Nampak gadis itu begitu gelisah. Dia pasti dan begitu yakin bahawa Issabella adalah cinta pertamanya, jika tidak kenapa bayangan Issabella sering mengganggu lamunannya.

            “I realy mean it… it was my mistake… I yang kurang ajar.” Tokok Andry lagi. Peluang begini memang dinanti-nantikan Andry semenjak sekian lama.

            “Listen… I ikhlas minta maaf dengan you… lagipun I tak suka bila you cuba nak larikan diri dari I macam you lari masa kat kantin tadi… I tak suka.” Terang Andry.

            Issabella makin terkejut. Tadi bukan main nak minta maaf. Sekarang nak salahkan aku pula. Issabella kembali geram. ‘minta maaf jenis apa ni’

            “I don’t know  you so buat apa I nak larikan diri… I’ll never do that, buang masa je.” Bohong Issabella. Dia kembali memulakan langkah membiarkan Andry dengan rasa bersalah. Tiba-tiba tangan Issabella direntap lagi.

            “Jadi you masih tak boleh maafkan I?... you masih berdendam dengan I bella? Kita tak boleh jadi kawan?” tanya Andry lembut.

            “Lepaslah Andry… ramai orang tengok” Issabella menunding jari kearah pelajar yang menjadi penonton. Dia tidak senang bila semua pelajar melihat adegan mereka. Issabella sendiri tidak sedar bila mereka semua datang. Tapi yang dia hairan kenapa semua yang berkumpul adalah pelajar perempuan. ‘nak hentam aku ke?’

            Andry hanya mengendahkan itu semua. Dia tak peduli selagi kemaafan tidak dihulurkan, dia tak akan melepaskan Issabella pergi.

            Isabella berasa malu bila semua pelajar perempuan berbisik dan menjelingnya. Pasti dia disalahkan.

            “Please Andry… tolong lepaskan tangan I…” Issabella merayu. Mukanya sudah berubah mendung.

            “Say you maafkan I.” Andry berkata serius.

            “I maafkan you…” Issabella terpaksa menurut. ‘sial punya jin’ mukanya masam ketika itu.

            “Realy?…” tanya Andry riang. “you terima I jadi teman you?” Andry meminta untuk menjadi kawan pula. Issabella semakin terkejut. ‘Banyaknya mamat ni punya cikadak’

            “Okay… okay… lepaskan I sekarang.” Issabella menarik tanganya kasar. Dia segera berlari menuju ke library. Malu bila dia menjadi tumpuan orang ramai.

            ‘setan kau jin’

"Saya Suka Awak Issabella!!" Jerit Andry lantang tanpa segan silu, memang perasaanya tak mampu dikawal. Dia mahu semua orang tahu akan perasaanya.

Issabella kaku, 'aku silap dengar ke?' di toleh ke belakang.. Andry hanya senyum memandangnya, pandangan itu sarat dengan maksud yang Issabella sendiri rasakan indah. 'betul ke jin ni.'

"I love you Issabella!!!" sambung andry lagi apabila perasan akan Isabella yang ragu-ragu. Dia hanya ketawa senang hati menyaksikan Issabella yang berlari anak. 'terkejut sangat lah tu'


No comments:

Post a Comment