Issabella- Chapter 1



ARGGGHHHHH!!!!…”
Issabella meraung sekuat mungkin. Hilang sikap femininya. “shiittt!!!” Dia jatuh dihempap basikal. Sudahlah jatuh atas jalan raya macam nangka busuk lepas tu basikalnya pula landing atas badan. ‘ciss sapa punya kerja ni’ Issabella  memerhati kereta dihadapanya hmmm…BMW siottttt. ‘kalau aku calar-calarkan agaknya baru padan muka…’ Issabella cuba untuk bangun. ‘jin kepala hitam!!!!!!!’….ambik ko. Dirasakan betisnya pedih, tak mampu untuk dia melangkah….‘mak oii betambah lambat lah aku sampai sekolah’ Issabella kesal, Kini dia kembali berdiri. Kepalanya terasa melayang.

“Oiii perempuan….BUTA ke??” Tegak Issabella berdiri mendengar jeritan sumbang itu. lelaki tersebut keluar dari kereta BMW mewah yang berkilat. Dibuka cermin mata hitam yang dipakai. 'bajet smart la tu' kutuk Issabella. ‘Perempuan buta?... hoi, cantiknya bahasa, eksyen lebih jin kepala hitam ni.’ Issabella hanya berdiri kaku….bukan takut…tapi tengah bersabar nak menghadapi makhluk Allah yang seorang ni… ‘gaya mamat ni macam student gak... So aku peduli ape...hmmmm tapi aku ke yang salah’… Issabella hanya menikus….confuse sambil flashback kejadian.

Sorry saya nak cepat tadi.” Ucap Issabella dengan penuh sopan dan tatasusila. “Sorry ekk…”
Dia malas nak memburukkan keadaan. Tak rugi kalau aku mengalah. Issabella tersenyum semanis mungkin. ‘Perghhh naik lenguh pipi aku asyik dok senyum’ Jika dengan cara ini Jin itu akan memaafkanya, dia tidak kisah. Mungkin dia tidak akan lewat ke sekolah jika semuanya selesai dengan cepat. Dibetulkan rambutnya yang berterbangan ditiup angin. ‘Wah wah wah… macam iklan shampoo I told you.’ Menawan, mengoda and superb. Andry yang bengang dari tadi kaku tiba-tiba melihat adegan gadis dihadapanya.

Bibir seksi Issabellae dan matanya yang tampak bundar dan liar cukup mempesonakan Andry. Seperti ada panah sedang menusuk mata dan jantungnya saat itu. ‘macam doll la minah ni…’ Andry berangan sedang membelai Rambut Isabella yang berterbangan ditiup angin… rasa nak cium-cium je doll depan aku nih… fuhh sabar-sabar. 

Wait a minute Andry… tiba-tiba sahaja darah Andry sudah menyerbu naik ke muka. Panas sungguh rasanya. ‘ketepikan itu semua…doll depan kau ni dah buat salah, so dia perlu diajar.’ Andry segera sedar. Dia yang memang tension dan bertambah tension seperti singa dan godzila yang kepanasan sudah bersedia untuk bertindak. Tunggu masa nak bom je. ‘nasib kau lah…aku tengah bengang ni…’
Sorry????...” ucap Andry dengan muka yang menjengkelkan. Muka nak cari gaduh ni.

Macam mana kalau kereta aku calar? kau ada duit ke nak ganti...” jelling Andry tajam. “aku tak rasa kau mampu” fulamak, berlagak betul jin ni. Panas Issabella mendengarnya, naik nanah telinga. 

“Dah lah bawa basikal laju... kau ingat ni jalan mak bapak kau yang punya ke? Tak ada otak betul.” Andry mendekati Issabella. Dia belum puas membebel.

Silly girl…” ejek Andry lagi. Memang tak patut Andry memperlakukan Issabella sebegitu. Mulut longkang betul. “kau dengar tak?!!!” jerit Andry. Hatinya panas bila Isabella tak sudi menatap muka tampannya. Paling Andry angin apabila Isabella tidak mengendahkan kemarahannya. 

Sebenarnya Isabella meluat nak pandang, setakat muka je tampan tapi perangai hodoh buat apa? Andry masih berdiri menayang muka bengisnya. Issabella pula tunggu turn nak bukak silat. fuhh sabar beb. ‘cehhh….sempurna lagi muka baboon kat belakang rumah aku’ Issabella mencebik muka. 

Sengal betul lah Jin ni. ‘Aku dah minta maaf, Jin ni memang berlagak betul.’ Issabella menarik nafas dalam, Kembang kempis hidungnya. Bersabar lah Issabella… bukan masanya nak bersilat… diurut dada bagi menghalau rasa kemarahanya, bibirnya digigit geram. Kali ini mukanya diangkat memandang tepat ke mata lelaki dihadapanya. Arghhhhhh!!!!.... baik aku wat don’t know je…. Dengar lagu lagi best dari dengar jin ni membebel. Tapi masalahnya celah mana aku nak dengar lagu? ishh...

Heyyy…..I’m talking to you…dah lah buta..pekak pulak..” hina Andry lagi. Geram betul melihat gelagat Isabella.

 Asyik seketika Andry melihat kejelitaan Issabella. ‘aku ni tak patut betul.. kesian doll ni jadi mangsa aku’ kesal Andry. Cehhh… tau pula nak kesal. ‘kesian pula aku tengok dia.. dah la kaki luka, kain terkoyak, tapi aku masih nak tengking.. kenapa mulut aku hari ini luar biasa sangat..’ Andry bermonolog sendiri. ‘ahh…biarlah… biar dia dapat pengajaran.’

“Awak memang tak ada otak ke?” sinis Andry berkata menguji tahap kesabaran Issabella yang tak berapa nak sabar. “Atau kepala awak dah jadi bengong lepas jatuh tadi?"

‘Ini memang dah melampau beb’. Isabella mengamuk dalam hati. ‘siap kau’.
           
‘PPAAANNGG!!!!...’
Andry terkejut baboon. Dunia dirasakan bergegar-gegar. Tamparan Issabella tepat pada bahagian pipi kiri. Terus merah kulit mukanya yang tersedia putih… ‘padan muka.. blusher percuma kau dapat..’ 
Andry terasa seperti otaknya bergegar. Mujur tak gugur.

            “Woi jin kepala hitam!!!!” jerit Isabella sakuat mungkin. Kali ni apa nak jadi jadi lah. ‘Aku ke Jin kepala hitam tu’ Andry berteka-teki.

“Aku dah cakap sorry kan …yang kau barlagak sangat ni kenapa. Kau ingat aku tak reti nak marah ke? Aku pun ada perasaan tahu tak."

Issabella masih tak puas hati. Didekati lelaki yang tiba-tiba sahaja terkedu dengan jerkahan Issabella. ‘nak je aku beri blusher free kat pipi kanan kau pulak’. Isabella mengenggam tangannya yang runcing. Matanya tepat merenung mata lelaki itu dengan tenungan yang mungkin menyampah, benci atau sakit hati.

"Dah lah kau hina aku, lepas tu boleh tengking-tengking aku…kau ingat aku ni maid kau ke huh…kau ingat aku takut ke dengan kau.” marah Isabella. Ditekan-tekan dada lelaki tersebut dengan jari telunjuknya. Dia terlupa yang dia sudah lewat ke kelas. 'alang-alang dah lewat, baik aku kasi habis kat kau jin kepala hitam'
           
          “Cuba kau tengok, keadaan siapa yang paling teruk…aku atau kau?”
Tanya Isabella garang. ‘dah lah basikal aku terbalik, betis aku luka, kain aku koyak…hisshhh..kalau saman memang confirm aku yang menang’ bebel Isabella sendiri. ‘lagipun kereta dia molek je…yang dia nak mengamuk macam orang sawan tutttt…ape kes’ 

 “Apa kau dah buta??… tak ada moral langsung…” jelingnya tajam. “Kalau aku mati kena hempap dengan kereta kau yang mahal tu, boleh ke kau baiki aku macam kau baiki kereta kau tu?.” Tanya Issabella lagi sambil menunjuk kearah kereta BMW hitam yang tersadai di bahu jalan. Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri. ‘Boleh tahan juga doll depan aku ni’. kali ni giliran Andry pula senyap menikus.

            “Siapa yang tak ada otak sekarang nihh hahh!!!!..” jerit Isabella memulangkan kembali ayat mangkuk didepanya sambil jarinya menunjal nunjal kepalanya sendiri. 

            Andry hanya diam menahan malu, geram dan rasa bersalah. Nak minta maaf tapi ego lelakinya tinggi. ‘terkena teruk aku’. Dibiarkan gadis itu membangunkan basikalnya sendiri.  ‘kesian pulak’. Dilihat `Isabella mendekati keretanya.

            “Hishhh!!!!.... kalau ikutkan hati nak je aku pecahkan cermin kereta kau ni”… Andry terus berdiri tegak. 'Cisss!!!!.....kalau nak kene cium dengan aku buat lah…' warning Andry dalam diam.

            “Such a jerk..” marah Issabella sambil kembali mengayuh basikalnya. "Jin Kepala hitam!!" Jerit Issabella lantang, biarpun sudah jauh namun Andry masih boleh dengar jeritan itu. 

Andry meraup mukanya yang jelas terpamer riak bersalah. Sebenarnya dia pun ada masalah. Sesat jalan. Dari tadi dia mencari jalan kesekolah barunya… ‘arghhh fade up aku..

No comments:

Post a Comment